KISAH DUA EKOR KATAK



Sekumpulan katak sedang berjalan-jalan merentasi sebuah hutan. Namun malangnya, dua ekor katak diantara katak-katak tersebut jatuh ke dalam sebuah lubang. Katak-katak yang lain mengelilingi lubang tersebut. Ketika melihat betapa dalamnya lubang tersebut, mereka berkata kepada kedua-dua katak tersebut bahawa mereka lebih baik mati.

Kedua-dua katak tersebut tidak mempedulikan kata-kata rakan mereka itu dan mencuba melompat keluar dari lubang itu dengan segala kemampuan yang ada. Katak-katak yang lain tetap menasihatkan mereka agar mereka berhenti melompat dan lebih baik mati. Akhirnya salah seekor daripada katak tersebut akur dengan kata-kata katak yang lain dan menyerah, ia terjatuh lalu mati.

Sedangkan yang seekor lagi terus berusaha untuk melompat setinggi yang mungkin. Sekali lagi katak-katak yang berada di atas berteriak kepadanya agar berhenti berusaha dan mati sahaja. Tetapi ia berusaha dengan lebih keras dan akhirnya membuahkan hasil. Dengan satu lompatan yang kencang ia berhasil hingga mampu sampai ke atas.

Katak-katak yang lain begitu kagum dengan semangat katak yang satu itu dan bertanya “apakah kau tidak mendengar teriakan kami tadi?’’. Lalu katak itu (dengan membaca gerakan bibir katak yang lain) menjelaskan bahawa ia tuli. Akhirnya mereka sedar bahawa ketika di bawah tadi mereka dianggap telah memberi semangat kepada katak tersebut.

MORAL
Kata positif yang diberikan kepada seseorang yang sedang ’jatuh’ akan dapat membuat orang tersebut bangkit dan membantu mereka dalam menjalani harinya. Sebaliknya kata-kata buruk yang diberikan kepada seseorang yang sedang jatuh dapat membunuh mereka. Berhati-hatilah dengan apa-apa yang diucapkan.

Suarakan kata-kata kehidupan yang sedang menjauhi dari jalur hidupnya. Kadang-kadang memang sulit dimengertikan bahawa ‘’kata-kata kehidupan’’ itu dapat membuat kita berfikir dan melangkah jauh dari yang kita jangkakan. Semua orang yang dapat mengeluarkan ‘’kata kehidupan’’ membuat rakan dan teman bahkan kejatuhan, kemalangan dan seumpamanya.

Sungguh indah apabila kita dapat meluangkan waktu untuk kita memberikan ‘semangat’ kepada mereka yang sedang putus asa. Inikerana hanya ‘semangat’ yang dapat memberikan kita ruang untuk terus berjuang.

Gagal dalam kemuliaan lebih baik daripada menang dalam kehinaan, orang yang gagal berkali-kali tidak rugi, selagi ia belum berputus asa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...