Sejarah kelahiran Bani Israel di Palestine





Sejarah Fasa I



Sejarah kelahiran Bani Israel di Palestine;




Nabi Ibrahim
dikurniakan Ismail hasil perkahwinannya dengan Siti Hajar dan atas perintah Allah kedua anak isterinya ini telah ditinggalkan di Makkah. Manakala hasil dari perkahwinannya dengan Siti Sarah, Baginda dikurniakan Nabi Ishak dan dari keturunan itu Yaakub dan Yusuf a.s.

Nabi Ibrahim, Ishak dan Yaakub diutuskan di tanah Palestine. Cucu cicit nabi Yaakub dikenali sebagai Bani Israel (‘israel’ = orang yang suka berjalan malam). Hasil dari peristiwa pembuangan Yusuf a.s. ke dalam perigi oleh saudara-saudaranya, bermulalah sejarah Bani Israel di Mesir kerana Nabi Yusuf yang ditemui Pedagang telah dibawa dan dijual di Mesir.

Di Mesir;

  • Bani Israel ditindas oleh firaun yang mengaku dirinya tuhan.
  • Diselamatkan oleh Nabi Musa & Harun.
  • Merentas Laut Merah ke Semenanjung Sinai.
  • Nabi Musa ke Bukit Thursina untuk bertemu Allah.
  • Bani Israel menyembah patung anak lembu. (Tidak bersyukur setelah diselamatkan daripada cengkaman Firaun)
  • Oleh kerana terlalu sombong dan ingkar, maka tercampaklah Bani Israel ke serata tempat di jazirah Arab.

Di Madinah/ Yathrib sebelum kedatangan islam;

  • Yahudi menguasai ekonomi, hidup di kalangan kaum Aus & Khazraj yang suka bertelagah.
  • Sepuak Yahudi menyokong Aus manakala sepuak lagi menyokong Khazraj – memecahbelahkan kedua-dua kaum ini sehingga kedatangan islam menyatukan mereka menjadi orang-orang Ansar.

Selepas tertubuhnya negara islam;

  • Yahudi terdiri daripada 3 puak – Qainuqa’, Quraizah dan anNadir.
  • Qainuqa’ dan anNadir tinggal diluar Madinah dan sentiasa mencari jalan untuk menjatuhkan islam
  • Quraizah tinggal di lereng bukit di Madinah dan membayar jizyah kepada kerajaan islam.
  • Peperangan Ahzab – puak penyembah berhala dan Yahudi bersatu untuk menjatuhkan islam.
  • Bani Quraizah belot dan menyerang Madinah dari dalam.
  • Islam menang dengan pertolongan Allah – khemah-khemah kafiruun diterbangkan angin dengan izin Allah.
  • Jibril menegur Rasulullah yang menanggalkan baju besinya – Rasulullah dan sahabat keluar semula mnyerang Banu Quraizah yang belot.
  • Maka bertebaranlah puak Yahudi sebagai bangsa yang terbuang dan hina.


Sejarah Fasa II

  • 571M – Rasulullah SAW dilahirkan sedang Baitul Maqdis di bawah kekuasaan kuasa besar Rom (Eropah) Kristian.

  • 611M – Rasulullah di lantik menjadi Rasul oleh Allah SWT

  • 621M – Rasulullah diisrakkan dari Majid al-Haram ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin. Baginda bersolat menjadi imam kepada semua nabi-nabi a.s. di Masjid al-Aqsa. Baginda kemudian dimikrajkan dari Baitul Maqdis ke Sidaratu Muntaha. Peristiwa penting ini memberi isyarat kepada Baginda SAW untuk membuka Palestin.

  • 630M – Rasulullah SAW menghantar tentera islam seramai 3000 orang Sahabat R.A. menentang kuasa besar Rom (150 000 tentera) yang menjajah Palestine dan berlaku Perang Muktah di bawah pimpinan Zaid bin Harithah diganti oleh oleh Jaafar bin Abi Talib dan kemudiannya digantikan oleh Abdullah bin Rawahah. Setelah Abdullah bin Rawahah juga syahid, diganti pula oleh Khalid alWalid.

  • 631M – Rasulullah SAW mengetuai 30 000 tentera islam ke arah Palestin di Tabuk bagi menentang kuasa besar Eropah (Rom)

  • 632M – Rasulullah menyiapkan tentera islam di bawah pimpinan Usamah bin Zaid (berumur 17 tahun) bagi menentang Rom di Ubna yang berdekatan dengan Muktah di Palestin tetapi Baginda SAW wafat. Khalifah Abu Bakar asSiddiq meneruskan penghantaran tentera Usamah pada zaman pemerintahannya.

  • 636M – Pembukaan Palestin di mana islam mengalahkan dan menghalau Rom di zaman pemerintahan Khalifah Umar alKhattab. Perjanjian Umar menjamin keamanan penduduk Palestin dan tidak membenarkan seorang Yahudi pun tinggal di sana. Perjanjian ini disaksikan oleh para Sahabat ra di antaranya Khalid alWalid, Amru bin alAs, Abdul Rahman bin Auf dan Muawiyah bin Abi Sufyan.

  • 15 Julai 1099M – Perang Salib I bermula. Baitul Maqdis ditawan oleh tentera Salib. Tentera Salib menawan Palestin dan membunuh seramai 70 000 penduduk islam di sekitar Masjid alAqsa yang cuba mendapatkan perlindungan di sana.

  • 1147M – Perang SAlib II berlaku. Nuruddin Mahmud mengalahkan Inggeris di Aqsalan.

  • 1171M – Salehuddin alAyubi memerintah menggantikan Asaluddin Syirkhuh.

  • 2 Oktober 1187M – Tentera islam di bawah pimpinan Salehuddin alAyubi berjaya membebaskan Baitul Maqdis setelah dijajah selama 88 tahun oleh Tentera Salib. Ini berlaku setelah Tentera Salib kalah dalam Perang Hittin di mana lebih dari 10 000 orang tenteranya terbunuh.

  • Crusade war

  • 1191M – Perang Salib III
    1202M – Perang Salib IV
    1215M – Perang Salib V
    1229M – Perang Salib VI
    1239M – Perang Salib VII
    1244M – Perang Salib VIII
    1248M – Perang Salib IX

  • 1517M – Palestin berada di bawah kerajaan Uthmaniyah.

  • 1887M – Muktamar Zionis Antarabangsa I. Pengerusi: Theodor Herzl (pengarang buku
  • ‘Negara Yahudi’)

  • Theodor Herzl

  • 1888 – 1905M – Muktamar-muktamar Zionis.

  • 1903M – Theodor Herzl meninggal dunia. Penghijrahan Yahudi I

  • 1916M – Perjanjian Saxes-Baco dimeterai antara kerajaan British dan Perancis mengenai pembahagian negara-negara islam yang dijajah sesama mereka.

  • 1916M – Perjanjian Balfour ditandatangani di mana kerajaan Inggeris berjanji untuk memberikan Palestin yang akan mereka jajah kepada kaum Yahudi.

  • 11 Disember 1917M – Tentera British di bawah pimpinan Jeneral Edmund Allenby menawan Palestin setelah Kerajaan Uthmaniyah tewas dalam Perang Dunia Pertama. Penghijrahan Yahudi II.

  • 1924M – Mustafa Kamal atTarturk di Turki menggulingkan Sultan Abdul Hamid II lalu menamatkan era Khalifah Islam Uthmaniyah.

  • Sejarah Fasa III


  • Intifadhah


  • 1928M – Ikhwan Muslimin ditubuhkan.
    1936M – Intifadhah I dan Revolusi-revolusi lain
    1947M – Pembahagian Palestin dan tertubuhnya negara Israel
    1948M – PBB mengiktiraf Israel. Perang Arab Israel.
    1956M – Perang Suez (Arab vs British/Perancis)
    1964M – Palestine Liberation Organization (PLO) ditubuhkan.
    1967M – Perang Arab-Israel. Tebing Barat, Gaza dan al-Aqsa ditawan Israel.
    1973M – Perang Arab-Israel. Sinai dibebaskan.
    1979M – Camp David Accord.
    1987M – HAMAS ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin (Syeikh Ahmad Yasin)
    1989M – Intifadhah II
    1981M – Sadat dibunuh dan digantikan oleh Husni Mubarak.
    1993M – Perjanjian Oslo / Sidang damai Madrid
    2002M – Lawatan Ariel Sharon ke al-Aqsa. Intifadhah III
    2003M – Iraq ditawan
    2004M – Syeikh Ahmad Yasin dan Rantissi dibunuh.

  • Palestine in Focus




Palestin kini:
  • Mengapa Palestine menjadi rebutan?

  • ~ Warisan Perjanjian Lama dari Kitab Injil
    ~ Deklarasi Balfour yang diumumkan British pada tahun 1917M
    ~ Pembahagian Palestin menjadi negara Arab dan negara Yahudi yang disyorkan oleh PBB pada 1947.



    Saksikanlah kebenaran di sebalik kata-kata mereka ini:

  • “Hak [Bangsa Yahudi untuk melakukan national restoration Palestin] diakui oleh Deklarasi Balfour” — Deklarasi kemerdekaan Israel, 1948.

  • “[Palestin adalah] tanah air tanpa rakyat bagi rakyat (Yahudi) yang tidak bertanah air” — Israel Zangwill, Zionis senior, 1897.

  • “Atas dasar hak alamiah dan hak kesejarahan kita.. dengan ini [kami] mengisytiharkan berdirinya sebuah Negara Yahudi di Tanah Israel – Negara Israel.” — Pengisytiharan Kemerdekaan Israel, 1948.

  • “Sijil kelahiran antarabangsa Israel telah disahkan oleh janji dalam Kitab Injil.” — AIPAC, 1992

  • “Pada kenyataannya, masalah Arab Palestin merupakan akibat dari konflik yang tumbuh dari ketidaksediaan Arab untuk menerima adanya sebuah Negara Yahudi di Timur Tengah.” — AIPAC, 1992

  • “Kemerosotan Majlis [umum PBB] telah mencapai kedalaman sedemikian rupa sehingga setiap usulan, bahkan yang paling tidak masuk akal sekali pun, mendapat restunya… Ketika suara Kesatuan Arab dianggap tidak mencukupi, mereka menambahnya dengan suara-suara pihak-pihak yang berusaha untuk bersatu dengan negara-negara Arab dan pihak-pihak yang menyerah pada tindakan pemerasan minyak.” — Yigal Allon, menteri luar negeri Israel, 1974

  • “Tuduhan perkauman anti-Arab adalah serangan murahan.” — Hyman Bookbinder, mantan wakil komitee Yahudi Amerika, 1987.



  • Yahudi, Zionis & Israel

    Yahud = Kaum bagi Judah
    Jews = Nama Kaum, bukan agama
    Zionis = Kumpulan yang ingin mendapatkan tanah Palestin secara paksaan
    * Orthodox Jews tidak bersetuju dengan pembunuhan orang Palestin.


  • Pembahagian Orang-orang Yahudi:
    1. Ashkenazi Jews (85%) – mengaku sebagai Yahudi tulen dan menguasai kerajaan Israel.
    2. Safardic Jews – Yahudi characteristic
    3. Arab Jews – Yahudi yang tinggal secara aman dengan Arab


    Sumber-sumber kepercayaan Yahudi;
    • Taurah – Diperturunkan secara lisan dan kemudiannya ditulis dalam bahasa Hebrew selepas 5 dekad. Dikumpulkan dan disusun sebagai Tanakh (bible). Tanakh hilang pada zaman Nebuchadnezzar lalu ditulis kembali oleh Ezra.
    • Mishna – Perbahasan tentang isi Kitab Taurah oleh cendekiawan mereka
    • Talmud – Kompilasi Mishna dan Gemara (Perbahasan mengenai Mishna)
    • Orang-orang Yahudi membaca Talmud dan hidup berpandukan Talmud.


    Yahudi berdasarkan al-Quran:

  • “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (al-Baqarah 2:120)

  • “Hai Bani Israil, ingatlah akan nikmat-Ku yang telah Aku anugerahkan kepadamu dan (ingatlah pula) bahawasanya Aku telah melebihkan kamu atas segala umat” (al-Baqarah 2:47)

  • “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” (al-Maidah 5:51)

  • “Telah dila’nati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas.” (al-Maidah 5:78)

  • “Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang berbenteng atau di balik tembok. Permusuhan antara sesama mereka adalah sangat hebat. Kamu kira mereka itu bersatu, sedang hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu karena sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak mengerti.” (alHasyr 59:14)

  • Lain-lain Ayat – 2:135-141, 4:44, 5:13, 2:87, 2:61, 2:31, 5:79, 2:85


  • Pengganas-Pengganas Zionis & Yahudi:





p/s: Ya Allah, sebagaimana Engkau menghantar burung-burung Ababil
menghancurkan tentera bergajah Abrahah, maka kami memohon
kepadaMu ya Allah, turunkan bantuan Mu kali ini kepada saudara Islam kami
di Palestin.... Ami
n.



Seni Menata Hati Dalam Bergaul






♥●♥_◕_♥●♥

Pergaulan yang asli adalah pergaulan dari hati ke hati yang penuh keikhlasan, yang insya Allah akan terasa sangat indah dan menyenangkan.


Pergaulan yang penuh rekayasa dan tipu daya demi kepentingan yang bernilai rendah tidak akan pernah lengang dan cenderung menjadi masalah.


♥●♥_◕_♥●♥ AKU BUKAN ANCAMAN BAGIMU ♥●♥_◕_♥●♥


Kita tidak boleh menjadi seorang yang merugikan orang lain, terlebih kalau kita semak Rasulullah Saw. bersabda, "Muslim yang terbaik adalah muslim yang muslim lainnya selamat/merasa aman dari gangguan lisan dan tangannya." (HR. Bukhari)


a. Menghindari penghinaan.

Apapun yang bersifat merendahkan, ejekan, penghinaan dalam bentuk apapun terhadap seseorang, baik tentang keperibadian, bentuk tubuh, dan sebagainya, jangan pernah dilakukan, kerana tak ada masalah yang selesai dengan mencela, merendahkan, yang ada adalah perasaan sakit hati serta rasa dendam.


b. Hindari ikut campur urusan peribadi.

Hindari pula ikut campur urusan peribadi seseorang yang tidak ada manfaatnya jika kita terlibat. Seperti yang kita maklumi setiap orang punya urusan peribadi yang sangat sensitif, yang bila terusik, nescaya akan menimbulkan pertengkaran.


c. Hindari memotong pembicaraan.

Sungguh dongkol bila kita sedang berbicara kemudian tiba-tiba dipotong dan disangkal, berbeda halnya bila uraian tuntas dan kemudian diselangi dengan cara yag arif, nescaya kita pun berkecenderungan menghargainya bahkan mungkin menerimanya.


Maka latihlah diri kita untuk bersabar dalam mendengar dan menyelanginya dengan cara yang terbak pada waktu yang tepat.


d. Hindari membandingkan.

Jangan pernah dengan sengaja membandingkan jasa, kebaikan, penampilan, harta, kedudukan seseorang sehingga yang mendengarnya merasa dirinya tidak berharga, rendah atau merasa terhina.


e. Jangan membela musuhnya, mencaci kawannya.

Membela musuh maka dianggap bergabung dengan musuhnya, begitu pula mencaci kawannya bererti memusuhi dirinya. Bersikaplah yang nuetral, sepanjang diri kita menginginkan kebaikan bagi semua pihak, dan sedarlah bahawa untuk berubah harus siap menjalani proses dan tahap-tahapnya.


f. Hindari merosak kebahagiannya.

Bila seseorang sedang berbahagia, janganlah melakukan tindakan yang akan merosak kebahagiaanya. Misalnya ada seseorang yang merasa beruntung mendapat hadiah dari luar negeri, padahal kita tau bahawa barang tersebut buatan dalam negeri, maka kita tak perlu menyampaikannya, biarlah dia berbahagia mendapatkan oleh-oleh tersebut.


g. Jangan mengungkit masa lalu.

Apalagi jika yang diungkit adalah kesalahan, aib atau kekurangan yang sedang berusaha ditutupi. Ingatlah bahawa setiap orang memiliki kesalahan yang sangat ingin disembunyikannya, termasuk diri kita, maka jangan pernah berniat untuk mengungkit dan membebelkannya, hal seperti ini sama dengan mengajak bermusuhan.


h. Jangan mengambil haknya.

Jangan pernah terfikir untuk menikmati hak orang lain, setiap gangguan terhadap hak seseorang akan menimbulkan rasa tidak suka dan perlawanan yang tentu akan merosak hubungan..


Sepatutnya kita harus belajar menikmati hak kita, agar bermanfaat dan menjadi bahan kebahagiaan orang lain.


i. Hati-hati dengan kemarahan.

Bila sebut marah, maka waspadalah kerana kemarahan yang tak terkendali biasanya menghasilkan kata dan perilaku yang keji, yang sangat melukai, dan tentu perbuatan ini akan menghancurkan hubungan baik di lingkungan manapun.


Kita harus mulai berlatih mengendalikan kemarahan sekuat tenaga dan tak usah malu untuk meminta maaf andai kata ucapan dirasakan berlebihan.


j. Jangan mentertawakannya.

Sebagian besar dari sikap mentertawakan seseorang adalah kerana kekurangannnya, baik sikap, penampilan, bentuk rupa, ucapan dan lain sebagainya, dan ingatlah bahawa tertawa yang tidak pada tempatnya serta berlebihan akan mengundang rasa sakit hati.


k. Hati-hati dengan penampilan, bau badan dan bau mulut.

Tidak ada salahnya kita selalu mengontrol penampilan, bau badan atau mulut kita, kerana penampilan atau bau badan yang tidak segar akan membuat orang lain merasa terusik kenyamanannya, dan cenderung untuk menghindari kita.



♥●♥_◕_♥● Aku Menyenangkan Bagimu ♥●♥_◕_♥●♥



a. Wajah yang selalu cerah ceria.

Rasulullah sentiasa berwajah ceria, beliau pernah besabda, "Janganlah terlalu membebani jiwamu dengan segala kesungguhan hati. Hiburlah dirimu dengan hal-hal yang ringan dan lucu, sebab bila hati terus dipaksakan memikul beban-beban yang berat, ia akan menjadi buta". (Sunan Abu Dawud).


b. Senyum tulus.

Rasulullah senantiasa tersenyum manis sekali dan ini sangat menyenangkan bagi sesiapapun yang menatapnya.


Senyum adalah sedekah, senyuman yang tulus memiliki daya sentuh yang dalam ke dalam lubuk hati sesiapapun, senyum adalah nikmat Allah yang besar bagi manusia yang mencintai kebaikan.


c. Kata-kata yang santun dan lembut.

Pilihlah kata-kata yang paling sopan dengan dan sampaikan dengan cara yang lembut, kerana sikap seperti itulah yang dilakukan Rasulullah, ketika berbincang dengan para sahabatnya, sehingga terbangun suasana yang menyenangkan.


d. Senang menyapa dan mengucapkan salam.

Upayakanlah kita selalu menjadi orang yang paling dahulu dalam menyapa dan mengucapkan salam. Jabatlah tangan kawan kita penuh dengan kehangatan dan lepaslah tangan sesudah dilepaskan oleh orang lain, kerana demikianlah yang dicontohkan Rasulullah. Jangan lupa untuk menjawab salam dengan sempurna dan penuh perhatian.


e. Bersikap sangat sopan dan penuh penghormatan.

Rasulullah jika berbincang dengan para sahabatnya selalu berusaha menghormati dengan cara duduk yang penuh perhatian, ikut tersenyum jika sahabatnya melucu, dan ikut merasa takjub ketika sahabatnya mengisahkan hal yang mempesona, sehingga setiap orang merasa dirinya sangat diutamakan oleh Rasulullah.


f. Senangkan perasaannya.

Pujilah dengan tulus dan tepat terhadap sesuatu yang layak dipuji sambil kita kaitkan dengan kebesaran Allah sehingga yang dipuji pun teringat akan asal muasal nikmat yang diraihnya, nyatakan terima kasih dan do’akan. Hal ini akan membuatnya merasa bahagia.Dan ingat jangan pernah kikir untuk berterima kasih.


g. Penampilan yang menyenangkan.

Gunakanlah pakaian yang rapi, serasi dan harum. Menggunakan pakaian yang baik bukanlah tanda kesombongan, Allah Maha Indah dan menyukai keindahan, tentu saja dalam batas yang sesuai syariat yang disukai Allah.


h. Maafkan kesalahannya.

Jadilah pemaaf yang lapang dan tulus terhadap kekurangan dan kesalahan orang lain kepada kita, kerana hal ini akan membuat bahagia dan senang siapapun yang pernah melakukan kekhilafan terhadap kita, dan tentu hal ini pun akan mengangkat citra kita dihatinya.



♥●♥_◕_♥●♥ AKU BERMANFAAT BAGIMU ♥●♥_◕_♥●♥


Keberuntungan kita bukanlah diukur dari apa yang kita dapatkan tapi dari nilai manfaat yang ada dari kehadiran kita, bukankah sebaik-baik diantara manusia adalah orang yang paling banyak manfaatnya bagi hamba-hamba Allah lainnya.


a. Rajin bersilaturahim.

Silaturahim secara berkala, penuh perhatian, kasih sayang dan ketulusan walaupun hanya beberapa saat, benar-benar akan memiliki kesan yang mendalam, apalagi jikalau membawa hadiah, insya Allah akan menumbuhkan kasih sayang.


b. Saling berkirim hadiah.

Seperti yang telah diungkap sebelumnya bahawa saling memberi dan berkirim hadiah akan menumbuhkan kasih sayang.

Jangan pernah takut miskin dengan memberikan sesuatu, kerana Allah yang Maha Kaya telah menjanjikan ganjaran dan jaminan tak akan miskin bagi ahli sedekah yang tulus.


c. Tolong dengan apapun.

Bersegeralah menolong dengan segala kemampuan, harta, tenaga, waktu atau setidaknya perhatian yang tulus, walau perhatian untuk mendengar keluh kesahnya.


Apabila tidak mampu, maka do’akanlah, dan percayalah bahawa kebaikan sekecil apapun akan diperhatikan dan dibalas dengan sempurna oleh Allah.


d. Sumbangan ilmu dan pengalaman.

Jangan pernah kedekut untuk mengajarkan ilmu dan pengalaman yang dimiliki, kita harus berupaya agar ilmu dan pengalaman yang ada pada diri kita bisa menjadi jalan bagi kejayaan orang lain.



Insya Allah jikalau hidup kita penuh manfaat dengan tulus ikhlas maka, kebahagiaan dalam bergaul dengan sesiapapun akan terasa nikmat, kerana tidak mengharapkan sesuatu dari orang melainkan kenikmatan kita adalah melakukan sesuatu untuk orang lain. Semata kerana Allah SWT.



♥●♥_◕_♥●♥


p/s: seorang kawan boleh datang dan pergi, tetapi sahabat,

hilangnya sukar di cari ganti....



SEDEKAH



Pemberian itu merangkumi sedekah dan hadiah. Jika pemberian itu dimaksudkan sebagai satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah, maka ia dinamakan sedekah, tetapi jika ia dimaksudkan sebagai satu penghargaan, sanjungan dan tanda kasih maka ia dinamakan hadiah.


Bersedekah adalah di antara amalan sunat yang dianjurkan dan digalakkan. Anjuran ini tidaklah hanya ditujukan kepada orang-orang kaya, malahan orang-orang yang berpendapatan rendahpun dianjurkan menurut kadar kemampuan masing-masing.



Nabi Sallallahu `alaihi wasallam bersabda :

Maksudnya : "Tangan yang di atas (orang memberi) itu lebih baik daripada tangan yang di bawah (yang menerima)


Mungkin akan timbul persoalan, kepada siapakah orang yang lebih utama diberi sedekah? Walaupun tidak ramai yang mempersoalkan perkara ini tetapi ia penting untuk diketahui.


Kalau berdasarkan firman Allah Surah al-Balad ayat 15, orang yang terlebih utama diberi sedekah ialah anak yatim dan kaum kerabat. Menurut hadis riwayat Bukhari pula orang yang lebih berhak diberi sedekah ialah suami dan anak. Setelah itu barulah bersedekah kepada orang-orang yang salih yang berbuat kebajikan dan yang mempunyai maruah yang baik.


Di antara kelebihan sedekah itu ialah sebagaimana Firman Allah:

jw31.gif (6918 bytes)

Tafsirnya: "Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedah dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri. Dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredhaan Allah. Dan apa jua yang kamu dermakan daripada harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.

(Surah Al-Baqarah: 272)


Dalam sebuah hadis daripada Anas Radhiallahu ‘anhu Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bermaksud: "Bersedekahlah kamu, sesungguhnya bersedekah itu melepaskan kamu daripada Jahannam."



5 Kelebihan Sedekah di Dunia

1-Harta penderma sentiasa Suci.

2-Tubuh Badan penderma sentiasa sihat.

3-Bala dan Penyakit penderma akan tertolak.

4-Penderma akan lebih bersemangat beribadat kepada allah.

5-Harta penderma akan diberkati dan akan bertambah.


5 Kelebihan Penderma Di Akhirat

1-Awan akan melindunginya dari panas semasa di Akhirat.

2-Allah akan meringankan hisab penderma di Akhirat.

3-Allah akan memberi bonus pada timbangan amalan kebajikan.

4-Allah akan membantu penderma semasa melalui Sirat Mustaqim.

5-Allah akan menambah darjat kedudukanya di dalam Syurga.


p/s: ya Tuhan, ikhlas kan diri ini dalam setiap perbuatan, jauhkan hambamu ini dari sikap riak, bongkak, takbur juga bakhil. suntikkanlah kedalam hatinya perasaan kasihan belas terhadap sesama makhluk. Aminn....



Lambaian Kaabah




KAABAH: rumah Allah


Umat Islam sejagat berkumpul di Makkah, Ma
dinah sebagai tanda pasrah kepada kebesaran Ilahi


  • IBADAT haji adalah satu kefarduan dhoruri yang ditaklifkan kepada mereka yang sudah cukup syarat wajib menunaikan haji. Jumhur ulama sepakat kewajipan ini dan jadi kufur orang yang ingkar kewajipan mengerjakannya.

  • Saban tahun, jutaan manusia dari segenap ceruk rantau mengerjakan haji dengan matlamat yang satu, iaitu mendapat haji mabrur dan kelebihannya. Ini bertepatan maksud hadis Nabi SAW; "sesiapa mengerjakan haji dengan tiada melakukan rafas atau fasik nescaya dia akan kembali seperti dilahirkan ibunya".

  • Boleh dikatakan seluruh kaum muslimin muslimat berkongsi hasrat untuk mengunjungi tanah suci. Dan seharusnya pun, inilah destinasi yang paling diidamkan berbanding dengan yang lainnya…

  • Bukan senang hendak mendapatkan tempat sebagai ‘tetamu Allah’…..duit yang bertimbun-timbun pun tidak dapat menjanjikan apa-apa (alsan biasa : tak samapai seru)..Yang nyata, bagi yang berpeluang, mereka adalah insan terpilih.

  • Benar, hendak ke Mekah memerlukan pengorbanan dan belanjanya bukan sedikit..mungkin dari segi logik akal kita tidak mampu mengumpul duit sebanyak itu..tetapi jangan lupa kepada kuasa Allah SWT..Teringat kepada cerita seorang kawan ayah saya yang mengerjakan haji beberapa tahun lepas. Beliau berkata, sebelum mendaftar diri untuk mengerjakan haji..dia tidak nampak jalan bagaimana nak mengumpul wang..tetapi selepas mendaftar, dengan Tabung Haji jalan mengumpulkan duit itu dipermudahkan Allah SWT dan Alhamdulillah beliau dapat menyempurnakan rukun Islam ke-5 tersebut.
Tabung Haji: 1 badan yang berjaya membantu para muslim.

  • Duit memang disandarkan kepada nilainya. RM 10, RM 50, RM 100, dan sebagainya… Namun, jarang orang melihat kepada nilai keberkatannya.. dan atas keberkatan itulah hasrat murni kita ini akan tercapai.

  • Mendaftar sekarang mungkin akan meletakkan kita dalam senarai yang panjang..kalau mendaftar hari ini..nama anda dijangka naik pada tahun 2030… lama jugak tu.. tp kalau duit dah cukup, InsyaAllah awal lagi merasai nikmat beribadah di tanah suci.. InsyaAllah.


Ibadat haji punyai sejarah dan simbolik perjalanan hidup manusia

"AKU menyahutMu wahai Tuhanku! Aku menyahutMu! Tiada sekutu bagiMu, aku menyahutMu! Sesungguhnya kepujian dan kenikmatan itu bagiMu, juga kerajaan tiada sekutu bagiMu! Aku menyahutMu dengan haji yang benar-benar penuh dengan ibadat dan perhambaan!"

Laungan syahdu 'talbiah' bergema di seluruh pelusuk kota Makkah setiap kali kedatangan Zulhijjah. Jemaah memenuhi kota Makkah bersama niat tulus ingin melengkapkan rukun Islam ke-5, menunaikan ibadat haji.

Hati mereka bercampur baur - diasak sayu, insaf dengan kekhilafan diri, kagum dengan kebesaran Tuhan dan sebak gembira menjadi tetamu jemputan Allah SWT untuk menunaikan ibadat haji di kota suci-Nya.

Demikianlah antara rentetan ibadat haji, ibadat terakhir yang melengkapi empat rukun Islam yang terdahulu iaitu mengucap dua kalimah syahadah, bersolat lima waktu sehari semalam, berpuasa pada Ramadan dan menunaikan zakat.

Pensyarah Kanan, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API-UM), Roslan Mohamed, berkata pelaksanaan ibadat haji melalui sejarah panjang dalam tamadun manusia.

"Sejak zaman Nabi Adam AS lagi sudah ada ibadat haji, begitu juga pada zaman Nabi Ibrahim AS tetapi tidak banyak ulama mengkaji kaedah pelaksanaan pada zaman itu.

"Pelaksanaan ibadat haji secara lengkap dan sempurna seperti hari ini bermula pada tahun kesembilan Hijrah apabila turunnya wahyu daripada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW mengutuskan Abu Bakar As-Siddiq dan Umar al-Khattab menunaikan haji pertama di Makkah.

"Seterusnya pada tahun ke-10 Hijrah, Nabi Muhammad SAW sendiri mengetuai rombongan haji dan ia adalah haji tunggal dan terakhir Baginda sebelum wafat," katanya.

Roslan berkata, pelaksanaan rukun dan wajib haji serta pelbagai amalan lain dalam ibadat itu memiliki sejarah dan simbolik tertentu kepada perjalanan hidup manusia dari dunia ini sehingga ke alam akhirat.


Mengelilingi Kaabah atau tawaf adalah simbolik perjuangan manusia dalam pelbagai lapangan untuk meneruskan kehidupan di dunia, namun matlamat akhirnya tetap untuk mendapatkan keredaan Allah. Tawaf dilakukan tujuh kali kerana ketika mula membina Kaabah, Nabi Ibrahim memastikan kedudukan tegak binaan itu berpandukan bahu dan mata dengan mengelilinginya tujuh kali. Selain itu, tawaf juga adalah amalan malaikat di Baitul Makmur di langit yang terletak betul-betul di atas Baitullah (Kaabah).

Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijah bererti berhenti seketika di padang itu. Berada di Padang Arafah dalam suasana hangat dan panas terik memberi peringatan awal kepada umat Islam mengenai keadaan di Padang Mahsyar di mana semua manusia - tanpa mengira bangsa, pangkat atau kedudukan - akan dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan mungkar mereka semasa di dunia. Padang Arafah juga adalah tapak bersejarah dalam kehidupan manusia kerana di Jabal Rahmah yang terletak di kawasan itu, Nabi Adam dan isterinya, Hawa bertemu kembali selepas diturunkan dari syurga. Di situ jugalah Nabi Muhammad (SAW) menyampaikan khutbah terakhir kepada umat Islam.

penyatuan umat Islam sedunia

Saie yang menjadi satu daripada rukun haji pula bersempena peristiwa isteri Nabi Ibrahim, Hajar berulang alik sebanyak tujuh kali antara Safa dan Marwah untuk mencari air bagi anaknya, Nabi Ismail iaitu ketika Makkah belum terkenal. Hajar mendaki satu tempat tinggi dikenali Safa dengan harapan dapat melihat air, tetapi tiada. Kemudian dia turun dan menuju ke tempat lain, iaitu Marwah, tidak ditemui air. Sampailah tujuh kali dia berulang-alik antara tempat itu, akhirnya dia menghampiri Marwah dan mendengar satu suara. Dia lalu menoleh dan mendapati malaikat menguis tanah dengan sayapnya sehingga keluar air zam-zam.

Sesetengah pendapat mengatakan, Nabi Ismail yang menguis tanah dengan dua kakinya atau kedua-dua tangannya ketika menangis kehausan, hingga keluar air zam-zam.
Saie secara simbolik memberi gambaran supaya manusia sentiasa berusaha mencari rezeki di dunia selain berusaha mendapatkan pahala di sebalik amal kebaikan untuk menjadi bekalan memperoleh syurga di akhirat kelak.

Melontar Jamrah pula berkait dengan kisah ketika Nabi Ibrahim menerima wahyu supaya menyembelih Nabi Ismail. Nabi Ibrahim mengajak Nabi Ismail ke sebuah lereng gunung di Mina dan di situ, muncul iblis yang menyamar sebagai manusia untuk menggoda Ibrahim supaya membatalkan niatnya. Nabi Ibrahim kemudian mengusir iblis itu.
Menerusi peristiwa itulah umat Islam kemudian diwajibkan melontar Jamrah menggunakan batu kecil, sebagai simbol mengusir syaitan dari dalam diri manusia selain simbolik lain adalah 'melontar' jauh sifat kufur dan maksiat dari dalam diri.

simbolik

Wahyu supaya Nabi Ibrahim menyembelih puteranya itu juga menjadi titik tolak ibadat korban yang dilakukan sempena haji atau Aidiladha. Seperti juga semangat dan keimanan Nabi Ibrahim AS, ibadat korban memberi maksud simbolik betapa manusia itu perlu mensyukuri nikmat Allah dan sanggup berkorban apa saja demi menunaikan perintah-Nya.


FAKTA
Rukun Haji


  • Ihram dan berniat mengerjakan ibadat haji dimulai sesampai miqat (batas-batas yang ditetapkan).

  • Wukuf di Arafah, iaitu berhenti di padang Arafah sejak tergelincir matahari 9 Zulhijah sampai terbit fajar tanggal 10 Zulhijah.

  • Tawaf iaitu mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali.

  • Saie iaitu berlari kecil atau jalan cepat antara bukit Safa dan Marwah.

  • Mencukur atau menggunting rambut, sedikitnya memotong tiga helai rambut.

  • Tertib iaitu menjalankan rukun haji secara berurutan



  • p/s: KepadaMu Ya Allah, agar diberi peluang serta kesempatan disamping dipermudahkan urusan dan jalan bagi hamba ini menjadi tetamu Mu..sebelum menutup mata bertemu dengan janji Mu.. Amin Ya Rabbal Alamin..



    SEGENGGAM GARAM...

    Beruntungnya menjadi wanita Islam!








    ISLAM MENGANGKAT DARJAT WANITA

    Mengutamakan ibu ke atas bapa.
    Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?” Baginda menjawab: “Ibumu!”

    Lelaki itu terus bertanya, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Ibumu!” Lelaki itu bertanya lagi, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Ibumu!” Sekali lagi lelaki itu bertanya, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bapamu!” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


    Anak perempuan menjadi penyelamat di akhirat.
    “Barang siapa yang menanggung dua anak perempuan, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi tirai pencegah baginya dari api neraka.” (Riwayat Bukhari) Begitu juga bagi mereka yang mempunyai satu atau lebih anak perempuan.
    Wanita bukan hamba lelaki tetapi setaraf dari segi nilai kemanusiaan bagaikan adik beradik.
    “Sebenarnya wanita itu adalah saudara kandung lelaki.” (Riwayat Abu Daud)


    Amal soleh wanita diiktiraf oleh Allah sebagaimana amal soleh lelaki diiktiraf.
    “Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun.” (Surah al-Nisa’: 124)


    Hak wanita diiktiraf.
    Umar al-Khattab r.a. berkata, “Pada zaman jahiliah kami tidak menghargai wanita walau sedikitpun. Tetapi tatkala Islam datang dan Allah menyebut-nyebut tentang mereka, barulah kami sedar bahawa mereka mempunyai hak ke atas kami.”




    p/s: bertuahnye badan....


    Kelebihan Mengambil Wudhu' atau Air Sembahyang







    Syarat mendirikan solat ialah mengambil wudhu'. Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wudhu’.


    Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini. Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?

    Banyak rahsia dalam kandungan wudhu’ yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wudhu’ yang dapat diungkapkan ialah: Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya.

    Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa. Ahli syaraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.

    Anda tentu pernah mendengar akupunktur kan? Cuba cari tahu dimana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur? Lalu kemudian amati rukun wudhu’. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.

    Pada anggota badan yang terkena semasa berwudhu’ terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wudhu’. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan).

    Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan syariat wudhu yang disyari’atkan 15 abad yang lalu.

    Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wudhu’(rukun dan sunat) :

    Muka 84
    Tangan 95
    Kepala 64
    Telinga 125
    Kaki 125
    Jumlah keseluruhan = 493!

    Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wudhu’!! Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…

    Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wudhu. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan: Dari ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang yang istmewa yang dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.

    Berkenaan telinga pula, walau pun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga.

    Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduhu’ kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan. Titik akupuntur di telinga. 125 disentuh semasa mengambil wudhu’.

    Subhanallah…sungguh luar biasa rahsia wudhu’…


    p/s: semoga rahsia Wudhu’ ini memberi manfaat kepada anda.Wallahualam.


    Khasiat Mandi









    KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.


    Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

    Mengeluarkan racun:
    Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

    Kurangkan stress:
    Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

    Jangkitan kulit:
    Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

    Selesema dan sakit kepala :
    Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

    Insomnia :
    Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.



    p/s: sejuknyer nk mndi pgi.. hehe..



    MAKANAN YG DILARANG BAGI PENGANTIN BARU WANITA






    RASULULLAH S.A.W.. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya .


    Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian maka Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-


    1. Susu

    2. Cuka

    3. Coriander (Ketumbar)

    4. Apple Masam



    Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.


    "Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.


    Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.""WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."


    p/s: x sabar rase nyer nk tngk member2 kawin...




    BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN - semasa duduk antara dua sujud




    Dalam tidak sedar,
    setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.

    Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah.

    Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.

    Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..


    Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

    Warfa'nii (angkatlah darjatku)

    Warzuqnii (berilah aku rezeki)

    Wahdinii (berilah aku petunjuk)

    Wa'Aafinii (sihatkan aku)

    Wa'fuannii (maafkan aku)


    Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita.

    Betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.





    p/s:
    itulah hakikat sebenarnya...kita hanya sembahyang tanpa tahu hala tuju dan tanpa mengerti apa yg kita berucap di hadapanNya...manusia yg mengaku islam tapi hakikat sebenarnya mereka tidak mengenali Dia yg disembah...carilah diri anda dalam diri anda...Allah SWT sentiasa bersama orang yg mendampingiNya....jangan kita jadi manusia yg mengaku islam tapi semuanya lebih teruk dari orang yg dilaknati Allah SWT....carilah Allah SWT disebalik diri anda.



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...