JaNgAn MeNgUap

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda: "Apabila seseorang daripada kamu menguap, cubalah elakkannya selagi mana terdaya, dan janganlah berkata: 'Hah! hah!'; kerana ia adalah daripada syaitan yang mentertawakannya."

(Riwayat al-Tirmizi)

Keterangan:-
1. "Cubalah elakkannya": Cuba menutup mulut dengan meletakkan tangan di atasnya.
2. Imam al-Nawawi mengatakan: Menguap adalah daripada syaitan kerana ia mendorong kepada syahwat. Ia menyebabkan seseorang menjadi malas dan ingin berehat berterusan. Hadis ini mengingatkan agar kita berwaspada terhadap perkara-perkara yang menyebabkan seseorang itu mengantuk seperti makan terlalu banyak.

p/s: slalu jer x ckup tido skrang ni...


Rahsia Tahi Lalat-Muka



Saya rasa setiap orang mesti sekurang-kurangnya ada satu tahi lalat pada diri mereka, tapi tak semua orang ada tahi lalat di muka. Bagi sesetengah orang tahi lalat ini membawa erti kepada mereka, dan ada juga yg langsung tidak mempedulikannye. Jadi apa-apa pun kat bawah ni ada beberapa rahsia tentang kedudukan tahi lalat di muka seseorang, selamat membaca....



KENING KANAN
Sekiranya kamu mempunyai tahi lalat pada kening sebelah kanan, kamu dikatakan seorang yang mempunyai akal yang cerdik dan cekap melakukan setiap tugas yang diberikan. Maksudnya kamu mampu memikul segala tanggungjawab yang diamanahkan ke atas kamu.


KENING KIRI
Sifat sopan adalah gambaran bagi mereka yang memiliki tahi lalat sebegini. Kamu juga seorang yang lemah-lembut. Walaupun kamu seorang yang bersopan dan lemah-lembut, namun jangan terperanjat kerana kamu juga seorang yang aktif dan cergas. Tidak hairanlah kamu ini suka
melibatkan diri dalam kegiatan lasak termasuklah acara sukan.


ANTARA DUA KENING
Kamu dikatakan seorang yang keras hati dan pendirian kamu sukar digugat atau dipengaruhi orang lain. Selain itu, kamu juga seorang yang berani. Kadangkala sikap kamu yang berani ‘tak bertempat’ itu mendatangkan keburukan pada diri kamu.


ATAS MATA KANAN
Kamu dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Selain itu, kamu juga selalu berjaya dalam apa jua perkara yang dilakukan. Kebanyakannya mempunyai kerjaya yang mantap dalam masa yang singkat.


ATAS MATA KIRI
Kamu dikatakan mempunyai sikap baik hati dan disenangi orang lain. Tidak hairanlah kamu mempunyai ramai teman tidak mengira status, jantina dan kedudukan.


PIPI KIRI
Ini menunjukkan kamu mempunyai ramai teman. Mungkin kerana kamu seorang yang peramah dan tak sombong. Kamu juga tak kisah berkawan dengan sesiapa sahaja asalkan ikhlas.


PIPI KANAN
Kamu sentiasa menjadi pujaan ramai peminat dari jantina yang berlawanan. Tidak hairanlah jika kamu mudah mendapat pengganti walaupun baru sahaja putus cinta.


PADA HIDUNG
Tahi lalat di bahagian ini menunjukkan kamu ini cukup bernasib baik dan murah rezeki. Kebanyakan mereka ini mampu hidup senang-lenang.Bertuahnya badan!


PADA BATANG HIDUNG
Tahi lalat di bahagian ini dikatakan lebih bertuah. Kamu lebih mudah memperolehi kekayaan dalam hidup dan dicintai sepenuh hati oleh yang tersayang. Kamu juga dikatakan hanya melalui satu perkahwinan sahaja seumur hidup.


BIBIR ATAS KANAN
Kamu seorang yang petah berbicara. Mempunyai banyak rezeki dan pandai.


BIBIR ATAS KIRI
Kamu dikatakan mempunyai ramai kawan kerana sikap baik hati dan suka menolong orang.


BIBIR BAWAH KANAN
Kamu seorang yang disegani oleh ramai orang. Mungkin kerana sikap peribadi kamu sendiri membuatkan orang suka kepada kamu. Selain itu, ia juga turut membuatkanwajah kamu manis dan sedap mata memandang.


BIBIR BAWAH KIRI
Kedudukan tahi lalat ini menunjukkan kamu seorang yang pandai berbicara. Setiap kali bercakap orang akan rasa kagum terhadap kamu. Jadi tak hairanlah kamu mampu menjadi penceramah/pemidato yang baik. Pekerjaan yang sesuai dengan kamu ialah pekerjaan yang memerlukan kamu berkomunikasi dengan orang lain secara langsung. Kamu juga seorang yang tidak mudah mengaku kalah.


HUJUNG MULUT KANAN
Kamu jenis yang tak mudah menyerah kalah dan akan mencuba sedaya-upaya. Mereka ini mempunyai semangat juang yang tinggi. Walau bagaimanapun, mereka perlu bekerja keras untuk hidup senang.


HUJUNG MULUT KIRI
Awas! Kamu dikatakan seorang yang suka berfoya-foya dan bersosial. Personaliti kamu yang menarik membuatkan diri kamu mudah menyesuaikan diri dengan orang lain.


DAGU BAWAH KANAN
Kamu dikatakan mempunyai sifat mulia sehingga membuatkan ramai orang menyukai kamu. Kamu jujur dan baik hati dengan semua orang. Namun begitu, akan ada orang mengambil kesempatan di atas kebaikan kamu.


DAGU BAWAH KIRI
Ia menandakan kamu ini seorang yang bijaksana dan mempunyai jiwa yang suci daripada hasad dengki dan cemburu.



p/s: bnci jika lalat duk merempit kt area2 muka..




Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan





Jika
kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga ........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....


Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....

Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.

MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL...

TerTib daN RaHsIa PotoNg KuKu



kuku

Rasulullah s.a.w bersabda yang ertinya : barang siapa yang mengerat kukunya pada ;


* hari sabtu : nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit


* hari ahad : nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan


* hari isnin : nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat


* hari selasa : nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit


* hari rabu : nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.


* hari khamis : nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.


* hari jumaat : nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada allah taala.



Makan Itu Sedapp...!

Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2 semua?

Rupa2nya tanpa kita sedar dlam makanan yg kibta makan sehari2, kita tak
boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit
kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan
lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2
telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg
lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood berkata,
Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana
pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet
ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus?
Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti?
kawan2 takkan sakit perut ataupun keracun an makanan.



Jangan makan

> SUSU + DAGING

Jangan makan
> DAGING + IKAN

Jangan makan
> IKAN + SUSU

Jangan makan
> AYAM + SUSU

Jangan makan
> IKAN + TELUR

Jangan makan
> IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan
> SUSU + CUKA

Jangan makan
> BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN
> MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH
TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

#
> TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

#
> JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL
MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa..... ......... ......... ......... .

Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan
bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada
melarang kita makan makanan darat bercampur
dengan makanan laut.

Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan
cepat mendapat penyakit.

Ini
terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam
mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika
dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi
tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan
usus kita.


p/s :
Sampaikan walau
sepatah...


Al-Quran
Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat

amalan
spt:-

Mandi
Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul.
Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan
badan tak gemuk.

Air Sejuk
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan
air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Sujud
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud.
Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Makan
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.

Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak
terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat
dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan,
tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...


Sama2lah kita mengamalkannya. ......

WallahuA'lam


Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu
demi kebaikkan insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.



"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu.. ..kami lah hamba yang mengharap belas darimu
..."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2
kami. kedua ibubapa kami. dosa semua umat2 islam yang masih
hidup mahupun yang telah meninggal dunia"
amin......ya Allah..aku lemah ya Allah....
bantulah aku menyampaikan agamaMu...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...