Ada apa dengan tidur??





Allah s.w.t dengan segala kebijaksanaanya telah menciptakan setiap benda ada pasangannya. Demikianlah ditegaskan malam adalah pakaian bagi siang. Waktu malam dijadikan untuk manusia beristirehat, tidur disamping tidak lupa bangun mengingatinya melalui solat tahajud, hajat dan solat sunat taubat. Demikianlah juga fitrah dan tabieenya kenapa, sehari semalam punyai 24 jam. Islam amat menekankan soal 'time management', ketepatan masa, janji dan pengurusan diri. 24 jam bererti, 8 jam bekerja mencari rezeki, 8 jam lagi beribadat dan 8 jam untuk berehat(tidur).

Tidur yang nyenyak adalah lebih baik tidur yang cukup. Jika terlebih tidur menandakan orang itu malas, fikirannya lekas jumud dan otaknya bakal membeku. Sebab itu dalam perspektif Islam, tidak digalakkan tidur waktu petang khususnya selepas Asar sehingga ke MAGHRIB kerana ada bukti saintifik individu yang mengamalkan tabiat tersebut boleh cepat nyanyuk. Ada pelbagai kategori tidur, tidur ayam, tidur mati, tak boleh tidur disebut dalam istilah perubatannya 'imsomnia'. Tak cukup tidur menjadikan fokus kita terganggu, dan badan menjadi cepat letih.

Terlebih tidur menyebabkan kita berkecenderungan untuk menjadi semalas-malas manusia. menjadikan tidur sebagai satu tabiat bukanlah satu galakan, kerana konsep tidur hanya untuk membolehkan badan mendapat rehat agar kembali segar untuk kita meneruskan ibadat kepada Allah s.w.t dan memenuhi tanggungjawab keperluan dunia. Demikianlah rahsia tidur, umpama kematian sementara bagi manusia, satu experimentasi bagi insan bagaimana rasanya 'mati'. Tidur amat diperlukan, bagi seorang bayi 12-14 jam untuk proses pembesarannya, bagi manusia dewasa cukup 4-6 jam. Namun, jika dalam semua keadaan, baik dalam mesyuarat, dalam majlis, dipejabat kita sentiasa mahu tertidur, ini bermakna konsep tidur telah tidak kita gunakan secara yang wajar. Kita telah abaikan dan salahgunakan salah satu rahmat dari Allah s.w.t.

Golongan jenis ini digelar 'kaki tidur'. Puncanya boleh jadi pelbagai, kerana penyakit yang dihadapi, boleh jadi kerana sifat semulajadi orang berkenaan yang memang malas', budaya hidup orang berkenaan, kurang tumpuan, tidak komited dalam tugasnya, atau kerana merasa seronok apabila dapat curi-curi tidur, sehingga akhirnya tidur bukan lagi satu keperluan tapi sudah menjadi satu kemestian dan tabiat yang sukar dihapuskan. Tertidur, tidur, ditiduri, menidurkan juga mempunyai makna berbeza. Apa yang penting janganlah kita taksub dengan tidur, kerana tidurlah sebagai satu ibadah, jangan jadikan tidur sebagai satu yang boleh ,membawa kerosakan imej, peribadi dan akhirnya merosakkan diri kita.

Ini kerana orang yang terlebih tidur akan ditimpa penyakit yang tidak ada ubatnya. Penyakit malas 'raja' segala penyakit yang akan merugikan bukan sahaj diri sendiri malah juga orang lain. Tidurlah wahai permaisuri, tidurlah. pejam mata, Jika kau tidur lena, impikan bahagia, di taman syurga loka(phrase ini khas untuk orang yang khusuk dan tawaduk dengan tidur).

p/s: best nyer kalau dpt tido time ni...


Kempen Hapuskan DOSA...






(1) Wuduk

- Kalo korang ada dosa2 kecil 2 bleh la dihapuskan dengan mengambil wuduk… wuduk pn kna la amek ngan proper ckit, ni cincai2 je…. Sia-sia je nanti… senangkan… rajen2 la berwuduk ek…

(2) Azan
- Bila korang sudah dengar azan pastu korang baca je doa lepas azan dapat hapuskan keburukan yang korang telah lakukan.

(3) Berjalan ke masjid (tempat solat)
- Sape2 da berwuduk kat umah 2 pastu berjalan ke masjid untuk tunaikan kewajipan kepada Allah S.W.T, setiap langkahnya akan dihapuskan dosanya dan langkah yang lain akan diangkat martabatnya..

(4) solat 5 waktu
- Pentingnya kita menunaikan solat 5 waktu ini, bukan susah pun… tapi kan yang sedikit ni la kita rasa malas dan tidak mempu mengerjakannya… x elok la macam ni.. Kita WAJIB melakukannya, kerana akan menghapuskan segala kesalahan dan dosa kita.

(5) solat jumaat
- Bertuah kan budak2 laki ni.. Solat jumaat je dapat hapuskan dosa.

Rasullullah SAW bersabda: "Barangsiapa berwuduk dengan sempurna, kemudian mendirikan solat Jumaat dan dia mendengar khutbah dengan tekun, maka terampuni dosanya antara hari itu dengan Jumaat berikutnya dan ditambahkan tiga hari. Barang siapa yang melengah-lengahkannya, maka tiadalah pahalanya." (Riwayat Muslim)

(6) membaca amin
- Ini lagi senang.. Jika imam membaca amin, kita pun bacalah amin. Sebabnya orang yang membaca amin bersama aminnya malaikat, akan diampunkan dosa korang yang silam.(Riwayat Al Bukhari)

(7) bangun dari rukuk (iktidal)
- Rasulullah SAW bersabda : "Jika imam mengucapkan: "Sami' allahu liman hamidah’, maka berkatalah: "Allahumma rabbana lakal hamd’. Sebab, siapa yang ucapannya bertepatan dengan ucapan malaikat, maka dia di ampuni dosanya yang telah lalu." (Riwayat Bukahri)

(8) qiamullai
- Sangat bertuah la sape2 penah buat Qiamullai, dalam arus kemodenan ni berapa kerat je yang melakukannya. Betapa ruginya mereka yang tidak sedar akan keuntungan buat Qiamullai. Dekat pada Allah S.W.T + penanggal dosa + hapus keburukan + sembuh penyakit.

(9) solat taubat
- Sape2 pernah melakukan perbuatan keji atau menganiayai dirinya. Ak bagi contoh la.. Sape2 je yang pernah melakukan maksiat atau menghapiri zina pastu dia ingat kt Allah dan meminta ampun kepadaNya dengan melakukan solat taubat, sudah pasti akan diampuni dosanya…jiwa kita pn akan merasa lebih tenang..try la.. Bukan try… kena buat la….huhuhu


p/s: perkara baek x elok jika ditangguh2...


Orang kata...mak kata...aku rasa...



ORANG KATA .....


enjoy sementara muda,
hidup panjang lagi,
dah tua nanti taubatlah.

MAK KATA .....

orang muda hidup memang baru bermula,
tapi belum tentu masih panjang lagi,
entah esok lusa Izrail datang menjemput.

AKU RASA ..... betul jugak tu ......


ORANG KATA .....

exams tu susah,
kena banyak sacrifice,
constant study ..... past year papers .. etc .. etc .. etc ..

MAK KATA .....

exams tu senang aje,
dah ada tarikh untuk diuji,
dah ada syllabus untuk diikut,
kalau ajal ... entah bila, siapapun tak tahu,
banyak pula tu peringkat ujiannya,
Munkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide ......

AKU RASA ..... betul jugak tu ......


ORANG KATA ....
.

have fun on your birthday,
panggil kekawan and sedara mara,
berpartylah sepanjang malam,
make it a memorable one!!

MAK KATA .....

setiap hari jadi, kita semakin hampir,
hampir setahun dengan kematian,
setahun lagi diberi peluang untuk beramal,
bertaubat ......

AKU RASA ..... betul jugak tu ......


ORANG KATA .....


kerja mesti sungguh-sungguh,
beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat ......
baru hati puas!

MAK KATA .....

ye ke hati dah puas??
dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?
dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?
dah cukup zikir untuk santapan rohani?
dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?

AKU RASA ..... betul jugak tu ......


ORANG KATA .....


successful people have a good time management,
ada bisnes di KL, New York, Tokyo .....
masih sempat berkempen untuk pilihanraya,
masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke,
masih sempat pasang perempuan 2-3,
baru orang boleh respect!

MAK KATA .....

setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari, tapi .....
ada masa ke untuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam?
ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu?
ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung,
sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?

AKU RASA ..... err ..... betul jugak tu ......


p/s: rase mcm da lama x balik kg..


Senarai Kod Produk Makanan yang mengandungi Lemak Babi




” Ko beli apa? ” tanya aku pada seorang kawan.

"Ntah apa kenama niha.. makanan jepun.. macam mamee jee rasanya.. Kenapa? ” dia membalas..

” Tidaklaa.. saja tanya.. sebab ada laporan keropok Rota yang biasa kita makan tu.. ada kandungan lemak babi berdasarkan kod E110 yang tertulis dibelakang plastik ” aku cuba jelaskan..

” Eh! betul ke? aku dah makan bnd tu dari kecil lagi.. takkan Jakim sampai sekarang tak perasan..”


” Bukan ko aje.. aku pun sama.. aku sendiri pelik dengan Jakim ni.., setakat ni hal tu masih dalam siasatan Jakim disebabkan syarikat pengeluar produk tu tiada dalam senarai pemegang sijil halal Jakim.. walaupun belum jelas kesahihannya.. kod E110 tu memang tersenarai antara kod yang mengandungi lemak babi.. kalau dah wujud was-was baik tak payah makan..”

” Kalau macam tu bnda yang kita makan ni pun tak selamat lah yek..? tapi ini ada logo halal? ” soalnya

” Logo Halal? heh.. benda tu boleh print je bang.. bukan susah pun.. percaya atau tidak.. yang sijil halal pun sekarang ni.. dah jadi barang dagangan.. dah boleh dibeli.. tapi bukan dari Jakim lah.. dan sebenarnya bukan bnda tu jer tapi banyak lagi makanan yang dijual kat kedai tu masih diragui kehalalannya.. emm ko pernah makan produk sotong kering yang bergula, aku lupa nama produk tu.. nanti aku tunjuk gambar..”

” Err.. rasanya aku tau.. suka jugak aku makan.. kenapa..?”

“Emm.. itu aku memang tak suka makan.. dan baru-baru ni ada laporan dibuat yang mana sotong tu sebelum di sira dengan gula.. diorang bersihkan guna bulu babi.. dan syarikat tu dah diambil tindakan pun.. Jabatan agama dah kesana untuk samak,, tapi produk yang ada kat pasaran masih dijual aku tengok.. tak silap kat Mersing.. banyak dijual sotong kering bergula tu..” ulas aku

“Adeh… berapa banyak sumber babi daa kita dah termakan ni..?”

” Sebab tulah agaknya perangai manusia kat Malaysia ni dah makin teruk.. itu belum lagi aku cerita kat ko pasal bihun cap masjid tu orang bukan islam yang uruskan.. dengan anjing sana sini.. haha..” jawab aku..

dia terlopong..

Topik tentang halalan thoyibah menjadi isu utama majalah Milenia Muslim bulan march dan kebanyakkan apa yang aku sebut adalah bersumber dari majalah tu. Di dalam majalah itu juga ada paparan mengenai salah satu kilang membuat rempah yang diserbu dimana tahi anjing kelihatan bersepah di lantai.

Ada juga dibangkitkan tentang isu kandungan babi di dalam produk makanan. Di bawah ini aku kongsikan senarai kod makanan yang mengandungi lemak babi.


1.E100, 2. E110, 3. E120, 4. E 140, 5. E141, 6. E153, 7. E160, 8. E161, 9. E210,
10. E213, 11. E214, 12. E216, 13. E234, 14. E252, 15. E270, 16. E280, 17. 300,
18. E301, 19 E325, 20. E326, 21. E327, 22. E334, 23. E335, 24. E336, 25. E337,
26. E422, 27. E430, 28. E431, 29. E432, 30. E433, 31. E434, 32. E435,
33. E436, 34. E440, 35. E441, 36, E470, 37. E471, 38, E472, 39. E473,
40. E474, 41. E475, 42. E476, 43. E477, 44. E478, 45. E481, 46. E482,
47. E483, 48. E491, 49.E492, 50. E493, 51. E494, 52. E495, 53. E542,
55. E570, 56. E572, 57. E631, 58. E635, 59. E904.


Kita memang tak sedar bila bahan-bahan ni dah dicampurkan kemudian ada pulak logo Halal pada bungkusannya kan? lainlah kalau dijual sebagaimana HJ Naguib kat bawah ni…



namun, x semua produk yg mempunyai kod E itu mempunyai sumber drp babi. Justeru, jika ade sedikit kelapangan, rajin2 lah search kt internet, bertny mereka2 yg arif ttg halal haram sesuatu produk itu. Ianya penting demi menjaga kemaslahatan kita bersama. Disini aku sertakan 1 link ttg sejarah kewujudan E code ini; Kod Babi Pada Makanan - Penting Untuk Umat Islam

Berkait dgn produk halal ini, aku tertarik dgn sebuah syarikat ni yg begitu komited mengeluarkan produk2 halal. Syarikat yg dimaksudkan ialah HPA Industries Sdn Bhd. walaupun syarikat ini masih kurang mendapat perhatian drp pngguna Islam, seharusnya syarikat ini diberi pujian dan sokongan kerana memperjuangkan konsep Halalan Thoyibah buat kaum muslimin sekalian.

Akhir sekali, ambillah ini sebagai 1 peringatan atau panduan agar kita beroleh nikmat dlm beribadah. SEBAR2 kn lah agar rakan2 diluar sana dpt memperbaiki diri dan mnjadi umat yg lebih baek.

p/s: tetiba teringat masakan mak kat kampung...


-12 Sifat Sahabat-






Dalam mengharungi hidup di dunia ini, kita tak kan lari dari mempunyai kawan@sahabat. Namun kawan tidak semestinya sahabat tetapi sahabat sudah semestinya kawan. Justeru, dalam mengenali sahabat atau kawan, cubalah kita teroka beberapa nilai sahabat ini :-

1. Jika engkau berbakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas balik persahabatan itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu.

10.Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12.Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.



>Kesemua sifat2 sahabat ni, wpun nampak mudah utk dilakukan, tp tak semuanya kita mampu jalankan. Pelbagai keadaan perlu diambil kira. Dalam bersahabat, tak boleh terlalu ego, bimbang nanti membawa perpisahan dan kehancuran. Tak boleh juga terlalu tunduk menurut, bimbang nanti diperlekeh. Tetapi yg penting dlm bersahabat ialah saling faham antara satu sama lain. Bersedia menerima kelebihan dan kekurangan sahabat. Bersedia menerima dan memberi.


“Bertolong-tolonglah kamu kepada perkara kebaikan
dan janganlah kamu bertolong-tolong
kepada perkara kejahatan”. (Al-Maidah ;2).



Wallahualam~























p/s: tetiba jer teringat kat kwn2 lama..




Kenapa wanita menangis..?





Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak." "Saya tidak mengerti ibu," kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."


Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:


"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.


"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.


"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.


"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.


"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.


"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."


p/s :Sekadar perkongsian. Wanita, menangis la semahumu..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...