Rahsia Ais..









Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia" Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan bersel
imut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bacteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan A
rtik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.




Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.



Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat k
epada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.


Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.


Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik u
ntuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.




Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wudu
k) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.


Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.


Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.


Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia ke
padatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan system penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan m
enyeluruh.


Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan str
uktur tulang.

Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.


Air sejuk dapat merakamkan gelombang freku
ensi rendah lebih stabil.

Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.



Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.



p/s: suka sngt minum ice blended...




10 Terakhir Ramdhan






Masuk je malam ni, bermakna bulan Ramadhan dah masuk bahagian terakhir (10 malam terakhir) iaitu pembebasan daripada azab neraka ('itqun min an-naar)... Maka pada malam2 terakhir inilah sebenarnya penentu kepada amalan Ramadhan keseluruhannya... selain tujuan utama ingin mencari Lailatul Qadar...







Menurut Sheikh Haidar yg berceramah malam tu, amalan manusia ini akan dikira pada pengakhirannya.. Sebagaimana matinya, mcm tu jugalah dia akan dibangkitkn.. Subjek akhir semester juga dikira sebagai penanda aras berjaya atau tidak seseorang pelajar.. jika ada subjek yg kantoi, bermakna kena repeat lagi dan belum boleh bergelar mahasiswa.. kalau dah lama sangat, mungkin akan dipanggil mahasitua.. hehe


Banyak sebenarnya perkaitan natijah kejayaan atau kegagalan dalam kehidupan manusia dengan pengakhirannya.. sama ada baik atau buruk...


Begitu juga bahagian2 akhir bulan Ramadhan ini... seharusnya dilipat gandakan lagi amal ibadat, iktikaf keseluruhan atau sebahagian malam, membaca Al-Quran sebanyak2nya... berdoa sesungguh2nya... semoga dengan pengakhiran Ramadhan yang baik ini, akan dapat menjadi bekalan kita menempuh 11 bulan akan datang... sebelum kembali bertemu dengan Ramadhan sekiranya masih dipanjangkn umur...


Umat2 zaman Nabi terdahulu sangat kuat dari segi jasmani, rohani dan ibadah... Tapi ganjaran mereka sekadar seimbang dengan ibadah.. buat satu ibadah, dapat satu pahala... berbeza dengan umat akhir zaman yang lemah2 belaka ni (terkena jarum pun menjerit mcm kena mercun telur), buat satu dapat 10 pahala... solat berjemaah dapat 27 kali ganda pahala... dan diberikan satu malam (Lailatul Qadar) yang lebih baik daripada 1000 bulan (83 tahun 4 bulan)...


Solat pada malam Lailatul Qadar seumpama solat selama 83 tahun 4 bulan malah lebih baik lagi... Doa pada malam tu lebih baik daripada doa malam selama 1000 bulan... Cuma kalau tido pada malam tu, seolah2 rugi selama 1000 bulan... Kalau sempat jumpa Ramadhan tahun depan, ada la lagi peluang.. kalu dah kiok dulu? abis.........



p/s: ramadan da nak abis, feel raya xder lg ni..
ape crita..?




Pembaziran pada bulan Mulia..








SALAM Ramadan buat semua muslimin dan muslimat.


Puasa pada bulan Ramadan ini mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah menerusi ayat 183 surah al-Baqarah yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa!"


Berdasarkan ayat ini, jelas sekali pensyariatan puasa bertujuan untuk meningkatkan ketakwaan kita sebagai hamba kepada-Nya.


Malangnya, tidak ramai yang sedar dan menghayati hikmah puasa ini. Rata-rata, sama ada secara sedar atau tidak, lebih banyak melakukan pembaziran ketika berbuka puasa malah, ketika menyambut hari raya.


* Ketika berpuasa

Berpuasa bererti menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar hingga terbenam matahari.


Di samping perkara yang membatalkan puasa, ada juga perkara-perkara lain yang dikategorikan sebagai mengurangkan pahala puasa.


Membazir adalah antara salah satu daripadanya. Ramai yang tanpa rasa bersalah melakukan pembaziran menyebabkan pahala puasanya bagaikan seketul air batu, paginya kekal berbentuk kiub dan ketika beransur petang, makin cair dan cair kemudian terus hilang.


* Ketika berbuka puasa

Antara hikmah berpuasa adalah mereka yang berkemampuan dapat merasai peritnya kehidupan mereka yang miskin hingga terpaksa berlapar. Namun, ramai yang menjadikan waktu berbuka puasa bagaikan satu majlis kenduri.


Kalau siangnya tidak boleh menjamah apa-apa hidangan maka, waktu berbuka puasa dihidangkan dengan segala macam juadah yang selalunya tidak sampai separuh disentuh.


Mungkin ada yang berpendapat, terpaksa berbuat begitu kerana mengikutkan kehendak anak-anak yang masih kecil berpuasa. Tidak salah memenuhi keinginan anak, tetapi biarlah berpada-pada.


* Ketika menyambut raya

Puasa belum seminggu tapi percayalah sudah ramai yang telah melakukan persiapan raya. Baju sudah siap dijahit, langsir sudah siap dibeli dan kuih-kuih telah ditempah.


Mungkin ada yang berpendapat, bersedia sebelum Ramadan lebih mudah dan mungkin lebih murah.


Namun, pada hakikatnya apabila memasuki pertengahan Ramadan dengan segala macam promosi membeli-belah dan potongan harga, lazimnya ramai yang akan sakan berbelanja.


* Mengelakkan pembaziran

Terdapat dua persediaan bagi menjalani Ramadan tanpa adanya pembaziran sama ada pembaziran wang atau tenaga.


1. Persediaan diri

Perlu tanamkan dalam diri, bulan Ramadan adalah untuk menambah amalan. Puasa pula sebagai satu bentuk pendidikan ke atas diri agar lebih sabar, amanah dan ikhlas.


2. Persediaan ilmu

Hayati hikmah puasa, pelajari amalan yang membantu menambahkan pahala dan usahakan untuk melaksanakannya. Jika diri terlalu sibuk mengejar pahala berganda ketika Ramadan tiba, pasti tiada masa untuk membazir atau membuang masa secara sia-sia.




p/s: x sempat agi nk g bazar taun ni........




Sahur





"Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.”
-HR Bukhari dan Muslim-


Ibadat puasa adalah satu perkara yang dituntut dan diwajibkan ke atas semua umat Islam yang telah cukup umur dan berkemampuan. Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. Namun dalam era globalisasi yang sentiasa bergerak pantas ini, umat muslimin menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak bersahur. Mengantuk dan letih kerap dijadikan jawapan kepada keengganan bersahur walaupun ia telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada setiap yang berpuasa.


Umum begitu arif dengan kaum lain yang juga mengerjakan puasa, namun apakah yang membezakan amalan puasa kaum muslimin dengan mereka? Perbezaannya jelas terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak bersahur. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa pada waktu bersahur juga adalah waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan doa mereka.


Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Selain daripada memperolehi kekenyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, mereka juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadat tersebut.


Ibnu Hajar dalam mengulas Sahih Bukhari telah menyenaraikan beberapa kelebihan puasa, yang antara lainnya ialah:


  • ·Menuruti sunnah
  • ·Membezakan diri dengan Ahlul Kitab
  • ·Menambah kekuatan untuk beribadat
  • ·Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat
  • ·Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan dan
  • .Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa.


Namun, kita tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau sikit pasti akan menimbulkan rasa kurang selesa. Sebaik-baik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan buah kurma atau tamar. Bersahur dengan memakan kurma adalah sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru jika kita mengamalkannya, Allah SWT akan memberikan pahala sebagai ganjaran.


Abu Hurairah ra berkata, “Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik makanan sahur bagi
orang mukmin adalah kurma.” -HR Ibnu Hibban & Baihaqi-


Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut.


Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.


p/s: hari-hari sahur dengan lauk 'ayam sekor'....



Rahsia Buah Kurma



Buah kurma atau dalam bahasa Arab nya dipanggil tamar tergolong dalam keluarga phoenix. Phoenix adalah sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit.Buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi pelbagai khasiat pemakanan yang tinggi seperti Kismis dan Aprikot kering.


Antara khasiat buah kurma ialah ;

1-Kaya dengan protein

2-Kaya dengan gula

3-Kaya dengan serat

4-Kaya dengan Vitamin A dan Viramin C

5-Kaya dengan zat mineral dan galian seper

ti Besi, Kalsium, Sodium dan Potasium.


Umat Islam disunatkan untuk berbuka dengan kurma. Kepentingan buah kurma adalah berdasarkan hadith Nabi SAW yang bermaksud : “Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”. Kurma adalah antara makanan/buah yang paling disukai oleh Rasulullah SAW.


Pecahan kandungan khasiat buah kurma dalah seperti berikut ;

1-Protein (1.8~2.0%)

2-Serat (2.0~4.0%)

3-Glukosa(50.0~57.0%)


Disebabkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi,maka apabila kita memakan kurma, tenaga dapat diserap oleh tubuh dengan serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan lain, dikenali sebagai Fraktosa dan Gula Tebu atau Gula Pasir yang biasa mengandungi Sukrosa.


Gula-gula jenis ini tidak boleh menyerap terus ke dalam tubuh.Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi Glukosa.Glukosa inilah yang diserap oleh tubuh sebagai tenaga.


Oleh itu kita sangat-sangat disunatkan untuk berbuka dengan kurma.Kurma dapat memberikan tenaga segera kepada si pemakan.Ini membolehkan kita beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih dengan lebih bertenaga walaupun kita telah berpuasa di siang harinya.


Adalah sangat digalakkan untuk kita makan buah kurma tanpa membuang kulitnya.Ini kerana buah kurma kaya dengan serat.Serat ini melawaskan makanan dan dapat mencegah barah usus.


Kandungan vitamin A dan C adalah paling tinggi semasa kurma di peringat Rotab dan Khalal. Manakala kandungan zat galian dalam kurma seperti Potasium adalah amat diperlukan oleh sistem saraf kita.


Pendek kata, Buah Kurma adalah juadah berbuka puasa yang terbaik untuk kita. Benarlah…dalam sunnah Nabi SAW itu terdapat banyak sekali hikmah dan manfaat sekiranya kita dapat mengamalkannya.


*Ada pelbagai cara untuk menikmati buah kurma. Di sini saya akan ceritakan satu resipi buah kurma yang anda patut cuba. Resipi ringkas ini diberikan nama ‘air kurma susu’. Cara buatnya amat mudah ;


1-Masukkan beberapa ulas buah kurma yang telah dibuangkan biji nya dan segelas susu segar ke dalam blender.

2- Kisar buah kurma dengan susu tersebut hingga sebati

3-Letakkan di dalam peti ais selama 1~2jam

4-Setelah betul-betul sejuk, barulah ‘air kurma susu’ itu diminum


Resipi ini memang sangat bagus untuk kesihatan. Cubalah. Kurma juga bagus diberikan kepada bayi atau anak-anak kecil. Cubitlah sedikit isi kurma dan suapkan ke dalam mulut bayi anda. Ianya membantu pembesaran minda dan kecerdasan minda anak anda.



p/s: kurma pun makin hari makin mahal sekarang ni..



10 TIPS MAKAN DI BULAN RAMADHAN




1. Berbuka dengan membaca doa.

2. Mulakan dengan minum jus buah-buahan (tanpa gula) atau air yang sedikit manis dan buah kurma 1-2 biji disusuli dengan sembahyang maghrib dan sunat awwabin mengikut kemampuan masing-masing.

3. Bolehlah makan nasi & "noodles"
  • Nasi putih, Mee/ Bihun (Berkuah/ Sup)
  • Nasi ulam, Kuey teow
  • Nasi kerabu
4. Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.

5. Lebihkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.

6. Kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan.

7. Berhenti makan sebelum kenyang.

8. Lebihkan minum air.

9. Selepas sembahyang terawih, bolehlah menjamu 1-2 potong kuih, buah-buah atau jus buah-buahan.

10. Bersahurlah dengan memakan makanan yang tidak berminyak dan berlemak. Pilihan yang disyorkan adalah seperti berikut:

  • Nasi putih Oats/ Nestum
  • Roti/ Ban Buah-buahan/ Kurma


Lebihkan ikan, ayam tanpa lemak, daging pepejal (tanpa lemak), hadkan telur dan makanan laut.





p/s: "badan sihat, Ramadhan berkat"




Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.'

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail..

2. ' BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. '(Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS. AL Muddatsir: 30).Ibnu Masud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan
dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...