Peristiwa Luar Biasa Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W






Nabi Muhammad dilahirkan pada 12 Rabiulawal Tahun
Gajah (20 April 571M), bersamaan Hari Isnin.




Kenapa tahun kelahiran baginda dipanggil Tahun Gajah? Sebenarnya ada peristiwa aneh yang telah berlaku pada tahun itu. Peristiwa di mana Raja Abrahah membawa tentera bergajahnya untuk menyerang dan memusnahkan Kota Mekah dan Kaabah. Ketua tentera bergajah menunggang seekor gajah yang besar yang diberi nama Mahmudi.

Apabila hampir dengan tempat yang hendak diserang dengan izin Allah, gajah-gajah tersebut enggan maju ke hadapan, sebaliknya berundur. Tidak lama kemudian datang sekumpulan burung-burung kecil (Ababil) yang masing-masing membawa seketul batu pada kakinya, lalu melemparkan batu-batu tersebut kepada tentera bergajah. Lalu tentera bergajah pun hancur. Peristiwa menakjubkan ini ada terdapat dalam Al-Qur'an, Surah Al-Fil.


Sebenarnya banyak lagi keajaiban yang berlaku sepanjang kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., antaranya:


Sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

1. Bonda Rasulullah (Aminah) tidak merasa susah sewaktu mengandungkan Baginda seperi ibu-ibu hamil yang lain.

2. Sewaktu bonda Rasulullah sedang tidur, dia bermimpi didatangi oleh seorang Malaikat yang mengkhabarkan kepadanya bahawa dirinya sedang mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.


3. Peristiwa cahaya berpindah dari wajah Abdullah (Ayahanda Rasululullah) ke wajah Aminah (Bonda Rasulullah)

4. Ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.

5. Tanah-tanah di persekitaran yang asalnya kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

6. Aminah bermimpi turut mengalami mimpi menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit, seperti kapas putih yang terapung di angkasa. Malaikat itupun berdiri di hadapan Aminag lalu berkata "Khabar bahagia untukmu, wahai ibu kepada seorang nabi. Puteramu itu akan menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''


Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

1. Sewaktu melahirkan Rasulullah, Aminah ditemani Asiah Binti Muzahim (Isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran (Bonda Nabi Musa). Ini menjadi petanda bahawa darjat Nabi yang lahir itu lebih tinggi Nabi Isa dan Musa. Telah diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil sebelum itu, bahawa akan lahir seorang nabi akhir zaman.

2. Bondanya menyaksikan cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria, menyerupai anak panah, bagaikan pelangi di langit, boleh dilihat walaupun dari kota-kota yang jauh. Ada juga yang menggambarkan cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia.

3. Aminah melihat Baginda dalam keadaan terbaring sambil kedua-dua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.

4. Awan turun menyelimuti tubuh Rasulullah sehingga beliau mendengar sebuah seruan '"pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.

5. Berhala-berhala yang terdapat di persekitaran secara tiba-tiba rosak dan musnah. Riwayat daripada Abdul Mutalib, "Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata: telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui."

6. Gegaran berlaku di istana Kisra dan menyebabkannya retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

7. Api yang disembah oleh orang-orang Majusi di negara Parsi, yang telah selama seribu tahun tidak terpadam, telah padam dengan sendirinya.

8. Tasik Sava yang dianggap suci telah tenggelam ke dalam tanah.


Selepas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

1. Kerap berlaku tembakan bintang (shooting star) menjadi tanda tamatnya pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib.

2. Setelah Halimatus Sa'diah (ibu angkat dan ibu susuan) membawa Rasulullah ke ladangnya di pergunungan, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau. Binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu,

3. Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.

4. Halimatus Sa'diah dan suaminya beberapa kali terlihat tompokan awan kecil berada di atas kepala Rasulullah seolah-olah ingin melindungi Rasulullah daripada panas matahari

5. Ketika Nabi berumur empat tahun, sewaktu Baginda sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, datang malaikat Jibril dan Mikail, lalu membelah dada dan mengeluarkan segumpal darah dari dada baginda. Gumpalan darah itu dicuci dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya. Hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?



Sesungguhnya kelahiran Nabi Muhammad s.a.w juga telah diketahui terlebih dahulu. Hal ini dinyatakan dalam kitab-kitab terdahulu iatu Taurat, Zabur dan Injil bahawa akan lahir seorang Nabi sebagai rasul yang terakhir.

Sekian SALAM MAULIDUR RASUL 2011. Semoga saya dan kita semua mampu mencontohi akhlak dan ketinggian pekerti baginda. Tidak sempurna iman seseorang Islam itu jika tidak menggabungkan Al-Qur'an dan Al-Sunnah sekaligus dalam kehidupan. Wallahualam!


p/s: rindu rasenya nk join perarakan Maulidur Rasul..



Hari Valentine



Hari ini 14 Februari sudah pastinya harga bunga ros akan jauh lebih mahal daripada hari-hari biasa. Begitu juga dengan pakej-pakej istimewa yang disediakan oleh kebanyakan restoran dan hotel. Tidak ketinggalan juga radio dan tv menyiarkan rancangan istimewa bersempena dengan Hari Valentine atau Hari Mengingati Kekasih ini. Setiap tahun pada hari ini ramai pasangan kekasih akan meraikannya.

Pada hari ini, bunga ros dan kadang-kadang bersert
a hadiah seperti coklat akan diberi kepada pasangan masing-masing. Di samping itu ada juga yang pergi makan malam bersama. Paling kurang pun ucapan sayang akan dilafaz atau dinyatakan melalui sms, email atau kad pada tanggal 14 Februari ini. Semua ini adalah untuk menzahirkan perasaan hati kepada pasangan yang disayangi.


Apakah hari Valentine itu? Siapakah Valentine sebenarnya? Kenapa ianya dikenali sebagai hari memperingati kekasih? Bila dan bagaimanakah sambutan ini bermula? Kenapa pada 14 Februari? Bolehkah hari Valentine ini disambut oleh umat Islam? Sebenarnya terdapat beberapa pendapat tentang hari kekasih ini. Antaranya:



Pendapat pertama

Mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

(http://www.history.com/content/valentine/history-of-valentine-s-day)



Pendapat kedua

Mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.


1. Versi Pertama

Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya.

(http://jmm.aaa.net.au/articles/5460.htm)


2. Versi Kedua

Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan diakhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada ‘Valentine’mu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

(http://en.wikipedia.org/wiki/Valentine’s_Day)



Pendapat ketiga.

Menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

(http://catholic-saints.suite101.com/article.cfm/the_origin_of_valentines_day)





Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.


Justeru, Islam menyeru seluruh umat Islam khususnya remaja-remaja Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih dan menghindari perkara-perkara yang boleh membawa kepada sikap untuk meraikannya. Berikut adalah sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada Hari Kekasih :



:: Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya. ::


:: Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama Kristian. ::


:: Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut. ::


:: Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai. ::


:: Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut. ::



Firman Allah SWT : “Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal”. (Surah al-Ghaffir : Ayat 39)




p/s: Rindu rase nye utk brjmpa dgn KekasihNya yg agung,
ya Allah, berilah hamba Mu ini peluang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...