Amalan Sedekah




“Dan belanjakanlah ( dermakanlah ) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh” ( Al-Munafiquun : 10 )

Nabi SAW bersabda:
Bersedekahlah kamu sebelum datangnya waktu kamu tidak boleh bersedekah.Setiap org boleh memberikan apa saja sama ada dinar,dirham,pakaian, gandum, kurma...bahkan apabila kamu hanya sekadar memberikan separuh kurma,maka berikanlah.


HURAIAN
Sedekah berasal dari kata shadaqa yang bererti benar. Orang yang suka bersedekah adalah orang yang benar pengakuan imannya. Menurut terminologi syariat, pengertian sedekah sama dengan pengertian infaq iaitu mengeluarkan sebahagian dari harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam. Namun begitu, sedekah memberi maksud yang lebih luas daripada infaq kerana infaq hanya berkaitan dengan material, manakala sedekah merangkumi material dan non-material.
    Walaupun kebanyakan kalimah sedekah yang disebut dalam Al-Quran membawa maksud berzakat, namun perkara yang diperhatikan adalah bahawa, jika seseorang itu telah berzakat tetapi masih mempunyai kelebihan harta, sangat dianjurkan untuk berinfaq dan bersedekah. Selain daripada sedekah wajib, umat Islam digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda kesyukuran akan nikmat yang dikurniakan Allah terutamanya nikmat Islam.

PERBANDINGAN SEDEKAH MENURUT AL-QURAN
"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya". ( Al-Baqarah : 261 )

DIPANJANGKAN UMUR & MENCEGAH AJAL YANG BURUK
Maksud sabda Rasulullah saw : "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya" ( H.R. Tabrani )

MENOLAK BALA BENCANA
Maksud sabda Nabi saw : "Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah" ( H.R Al-Baihaqi )

SELAGI PELUANG MASIH ADA…
Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi saw menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu ( H.R Al-Bukhari )


Amalan-amalan sedekah di dalam Hadis  :
  • Melakukan keadilan di antara dua orang :
    • Spt : mendamaikan 2 orang yang bergaduh , adil dlm perbicaraan di mahkamah
  • Membantu orang menaiki kenderaan atau mengangkat barang-barang untuknya. 
    •  Spt : memberi tempat duduk kpd orang tua, hamil & sakit
  • Percakapan & perkataan yg baik 
    •  Spt : Berzikir, nasihat , ucap salam.
  • Berjalan untuk menunaikan solat. 
    • Spt : Berjalan kaki ke masjid utk solat berjamaah
  • Membuang perkara yang menyakiti di jalan
    • Spt : Membuang  duri, paku ( benda tajam ), mengalih  ranting yang menghalang  perjalanan.

Amalan-Amalah sedekah  yang lain :
  • Setiap amalan yang  memberi manfaat  & keselesaan kepada orang lain yang dilakukan dengan jujur  & ikhlas seperti  : Senyuman, mentaati suruhan ibubapa yg tidak bertentangan dengan syarak, membantu  rakan dlm pelajaran.

p/s:  *ramai yg beranggapan sedekah hanya melibatkan wang ringgit.. dan kalau di kira, berapa sangatlah kelauarkan duit untuk bersedekah dalam setahun. Kalau RM1 seminggu (time g solat Jumaat), baru RM52 setahun. Kalau di darab dengan 10 tahun, baru RM520  kita belanjakan wang kita untuk bersedekah.
       

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...