-12 Sifat Sahabat-






Dalam mengharungi hidup di dunia ini, kita tak kan lari dari mempunyai kawan@sahabat. Namun kawan tidak semestinya sahabat tetapi sahabat sudah semestinya kawan. Justeru, dalam mengenali sahabat atau kawan, cubalah kita teroka beberapa nilai sahabat ini :-

1. Jika engkau berbakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas balik persahabatan itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu.

10.Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12.Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.



>Kesemua sifat2 sahabat ni, wpun nampak mudah utk dilakukan, tp tak semuanya kita mampu jalankan. Pelbagai keadaan perlu diambil kira. Dalam bersahabat, tak boleh terlalu ego, bimbang nanti membawa perpisahan dan kehancuran. Tak boleh juga terlalu tunduk menurut, bimbang nanti diperlekeh. Tetapi yg penting dlm bersahabat ialah saling faham antara satu sama lain. Bersedia menerima kelebihan dan kekurangan sahabat. Bersedia menerima dan memberi.


“Bertolong-tolonglah kamu kepada perkara kebaikan
dan janganlah kamu bertolong-tolong
kepada perkara kejahatan”. (Al-Maidah ;2).



Wallahualam~























p/s: tetiba jer teringat kat kwn2 lama..




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...