GEMUK???..


Teruk sangat ke jadi orang gemuk?
Sampai jalan selipar berbunyi pun orang mengata
Mengata yang orang gemuk metabolisme kurang koz jalan seret kaki
Teruk sangat ke jadi gemuk?
Sampai aku makan selesai dulu dari orang lain pun orang mengata
Mengata yang aku ni selalu kelaparan, gelojoh
Teruk sangat ke jadi gemuk?
Sampai hati,perasaan kami orang perlekehkan
Salahkah jadi gemuk?
Bila kami nak bergaya macam orang lain pun kena mengata
Salahkah jadi gemuk?
Sampaikan kebolehan kami pun diperlekehkan, dipandang serong, pertanyaan dan soalan kami dianggap bodoh, bahlul.
Salahkah jadi gemuk?
Bila kami pakai cantik-cantik sikit dikatakan syok sendiri body tak cantik nak eksyen konon
Tak boleh ke orang gemuk nak kuruskan badan?
Sebab kami bimbang kesihatan kami,
Tak boleh ke orang gemuk nak diet?
Bukan nak body cantik semata-mata,
Tapi nak jugak sihat dan cergas macam orang lain
Tak boleh ke orang gemuk aktif dalam sukan?
Bila kami nak masuk acara semua katewa,
Bila kita gemuk, orang mengata kita “ bentat “
Bila kita gemuk, orang nafikan kebolehan kita.
Bila kita gemuk, nak pandang sebelah mata pada kita pun tak ingin
Bila kita nak kuruskan@turunkan berat badan mereka kata nak seksa badan, konon nak goda/pikat jantan/pompuan lain,
Kalau dah pandai mengata bila kami gemuk,
Kenapa tak support bila kami nak kurus?
Ini tak kena itu tak kena,
Mengapa si kurusbila badan mereka naik sikit, mulalah kalut nak berdiet, tapi tak de yang menghalang pun,
Mengapa si gemuk bila menyatakan hasrat nak berdiet, mereka dihalang “buat gapo nak diet gak?”
Mengapa harus berpura-pura?
Depan kami punyalah baik
Belakang kami mengata macam-macam
Ingat kami tak tahu? Ingat kami bodoh?
Mengapa harus menyekat bila kami nak berdiet?
Bukanya diet sampai jadi Bullimia ke, Aneroxia ke,
Kenapa? Takut kami kebas pakwa/makwe ke?
Takut kami lebih cantik/handsome?
Sumpah! Kami nakkan hidup yang sihat dan terjamin
Bukannya ‘sihat’ yang biasa orang pakai untuk orang gemuk
Aku jalan seret selipar
Coz memang tabiat aku, bukannya berat sampai tak boleh angkat kaki
Aku makan selesai dulu dari orang lain, coz bila makan aku takpandai control ayu macam orang lain
Slow motion bila mengunyah nasi, sampai glebek mulut
Aku nak try kuruskan badan
Coz aku takut muda-muda lagi dah ada kencing manis
Kena potong kakilah
Aku nak diet
Coz aku dah tak larat
Tak larat nak dengar buah mulut orang
Tak larat nak aktif macam orang lain
Tak larat kerana selalu fikirkan musibah yang akan datang
Hargailah kami, respectlah kami, kami ada kebolehan
Tapi tidak diberi peluang, tiap pertanyaan kami,
Bukan soalan bodoh semata-mata, kadang-kadang orang lain tak tahu pun jadi tahu bila kami bertanya
Ingatlah, setiap yang mengata pasti akan terkena balik kepadanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...