SEDEKAH



Pemberian itu merangkumi sedekah dan hadiah. Jika pemberian itu dimaksudkan sebagai satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah, maka ia dinamakan sedekah, tetapi jika ia dimaksudkan sebagai satu penghargaan, sanjungan dan tanda kasih maka ia dinamakan hadiah.


Bersedekah adalah di antara amalan sunat yang dianjurkan dan digalakkan. Anjuran ini tidaklah hanya ditujukan kepada orang-orang kaya, malahan orang-orang yang berpendapatan rendahpun dianjurkan menurut kadar kemampuan masing-masing.



Nabi Sallallahu `alaihi wasallam bersabda :

Maksudnya : "Tangan yang di atas (orang memberi) itu lebih baik daripada tangan yang di bawah (yang menerima)


Mungkin akan timbul persoalan, kepada siapakah orang yang lebih utama diberi sedekah? Walaupun tidak ramai yang mempersoalkan perkara ini tetapi ia penting untuk diketahui.


Kalau berdasarkan firman Allah Surah al-Balad ayat 15, orang yang terlebih utama diberi sedekah ialah anak yatim dan kaum kerabat. Menurut hadis riwayat Bukhari pula orang yang lebih berhak diberi sedekah ialah suami dan anak. Setelah itu barulah bersedekah kepada orang-orang yang salih yang berbuat kebajikan dan yang mempunyai maruah yang baik.


Di antara kelebihan sedekah itu ialah sebagaimana Firman Allah:

jw31.gif (6918 bytes)

Tafsirnya: "Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedah dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri. Dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredhaan Allah. Dan apa jua yang kamu dermakan daripada harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.

(Surah Al-Baqarah: 272)


Dalam sebuah hadis daripada Anas Radhiallahu ‘anhu Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bermaksud: "Bersedekahlah kamu, sesungguhnya bersedekah itu melepaskan kamu daripada Jahannam."



5 Kelebihan Sedekah di Dunia

1-Harta penderma sentiasa Suci.

2-Tubuh Badan penderma sentiasa sihat.

3-Bala dan Penyakit penderma akan tertolak.

4-Penderma akan lebih bersemangat beribadat kepada allah.

5-Harta penderma akan diberkati dan akan bertambah.


5 Kelebihan Penderma Di Akhirat

1-Awan akan melindunginya dari panas semasa di Akhirat.

2-Allah akan meringankan hisab penderma di Akhirat.

3-Allah akan memberi bonus pada timbangan amalan kebajikan.

4-Allah akan membantu penderma semasa melalui Sirat Mustaqim.

5-Allah akan menambah darjat kedudukanya di dalam Syurga.


p/s: ya Tuhan, ikhlas kan diri ini dalam setiap perbuatan, jauhkan hambamu ini dari sikap riak, bongkak, takbur juga bakhil. suntikkanlah kedalam hatinya perasaan kasihan belas terhadap sesama makhluk. Aminn....



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...