10 Terakhir Ramdhan






Masuk je malam ni, bermakna bulan Ramadhan dah masuk bahagian terakhir (10 malam terakhir) iaitu pembebasan daripada azab neraka ('itqun min an-naar)... Maka pada malam2 terakhir inilah sebenarnya penentu kepada amalan Ramadhan keseluruhannya... selain tujuan utama ingin mencari Lailatul Qadar...







Menurut Sheikh Haidar yg berceramah malam tu, amalan manusia ini akan dikira pada pengakhirannya.. Sebagaimana matinya, mcm tu jugalah dia akan dibangkitkn.. Subjek akhir semester juga dikira sebagai penanda aras berjaya atau tidak seseorang pelajar.. jika ada subjek yg kantoi, bermakna kena repeat lagi dan belum boleh bergelar mahasiswa.. kalau dah lama sangat, mungkin akan dipanggil mahasitua.. hehe


Banyak sebenarnya perkaitan natijah kejayaan atau kegagalan dalam kehidupan manusia dengan pengakhirannya.. sama ada baik atau buruk...


Begitu juga bahagian2 akhir bulan Ramadhan ini... seharusnya dilipat gandakan lagi amal ibadat, iktikaf keseluruhan atau sebahagian malam, membaca Al-Quran sebanyak2nya... berdoa sesungguh2nya... semoga dengan pengakhiran Ramadhan yang baik ini, akan dapat menjadi bekalan kita menempuh 11 bulan akan datang... sebelum kembali bertemu dengan Ramadhan sekiranya masih dipanjangkn umur...


Umat2 zaman Nabi terdahulu sangat kuat dari segi jasmani, rohani dan ibadah... Tapi ganjaran mereka sekadar seimbang dengan ibadah.. buat satu ibadah, dapat satu pahala... berbeza dengan umat akhir zaman yang lemah2 belaka ni (terkena jarum pun menjerit mcm kena mercun telur), buat satu dapat 10 pahala... solat berjemaah dapat 27 kali ganda pahala... dan diberikan satu malam (Lailatul Qadar) yang lebih baik daripada 1000 bulan (83 tahun 4 bulan)...


Solat pada malam Lailatul Qadar seumpama solat selama 83 tahun 4 bulan malah lebih baik lagi... Doa pada malam tu lebih baik daripada doa malam selama 1000 bulan... Cuma kalau tido pada malam tu, seolah2 rugi selama 1000 bulan... Kalau sempat jumpa Ramadhan tahun depan, ada la lagi peluang.. kalu dah kiok dulu? abis.........



p/s: ramadan da nak abis, feel raya xder lg ni..
ape crita..?




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...